Sejarah Surau Al-Badr

Surau Al-Badr mula dibina sekitar tahun 2004 setelah mana jawatankuasa surau melancarkan kutipan dana untuk menampung berbelanjaan yang mencecah RM 250,000.00.
Alhamdulillah hasil daripada sumbangan orang ramai,akhirnya surau ini dapat dibina serta menjadi mercu tanda SMKA Tun Perak yang terletak di atas bukit.
Pada tahun 2005,surau ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ali Rostam      (Ketua Menteri Melaka ketika itu ) pada 7 Mei 2005. Manakala nama surau Al-Badr diambil sempena salah satu nama peperangan yang dihadiri baginda Rasulullah S.A.W
Sejak pembinaannya, surau ini tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk mengimarahkannya. Antaranya, solat berjemaah 5 waktu oleh semua warga sekolah,tazkirah dan kuliah untuk pelajar asrama,kelas-kelas agama dan akademik juga dijalankan disurau ini, memandangkan kelengkapan yang cukup telah disediakan oleh pihak pengurusan seperti layar (lcd),sistem suara,rehal alquran dan sebagainya.
Surau ini mampu menampung jemaah sehingga 700 jemaah dalam satu-satu masa.Ruang solat yang luas menjadi pilihan para pelajar untuk mengadakan pembelajaran secara kumpulan "study group" dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan persembahan dan pembentangan secara kumpulan.
Rumusannya,pihak sekolah secara kolektif dan inovatif sedaya upaya untuk mengimarahkan surau ini dan menarik ramai dikalangan komuniti-komuniti luar turut sama terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menersukan kelangsungan semangat Ahli Al-Badr dalam mencari redha Allah.